Bantuan Bugis Kepada Kesultanan Melayu Melaka (1511) Sejarah_Bugis_di_Tanah_Melayu

Pahlawan-pahlawan bersama anak raja Bugis dipangil Sultan Melaka untuk membantu mempertahankan Kota Melaka daripada serangan Portugis. Selepas pintu kota Melaka dibuka, Sultan Melaka lari berundur ke Muar. Pahlawan-pahlawan Bugis berundur ke sekitar Merlimau (Merlimau Pasir, Merlimau Pantai, Sempang, Tedong, Pangkalan Samak).

Bangsa Bugis ini bukanlah To Ugi yang berasal daripada keturunan La Sattumpugi Sulawesi. Bangsa Buqis yang sering berumah di atas kapal atau jong kerana melakukan perdagangan jauh (orang tengah) sehingga mereka jarang di darat bagi dagangan besi, rempah dan lain-lain sehingga ke pelabuhan Sana'a Yaman.

Kononnya amalan berdagang berkapal diamalkan secara turun-temurun sebelum bah besar empangan Ma'arib, Kerajaan Saba di Yaman. Mereka juga berkahwin campur dengan anak-anak perempuan raja tempatan seperti Sittik Melangkae daripada keturunan diraja orang Ugi (To Ugi). Keturunan diraja Aceh, anak perempuan keturunan diraja Perak dan lain-lain sepanjang mereka berdagang atau membantu dalam peperangan.

Selepas kejatuhan Melaka, kebanyakan mereka telah lari ke Makassar menjadi Syahbandar dan membantu dari segi kemahiran mentadbir pelabuhan, perkapalan dan perdagangan kepada orang tempatan sehingga tertubuhnya kerajaan Gowa di Wajo yang terkenal.

Selepas kejatuhan Gowa, ramai keturunan Bugis mula mengubah tanah persinggahan mereka ke Semenanjung Tanah Melayu kembali. Malahan ada juga di Samarinda, Kalimantan. Perlakuan mereka ini kerana mereka merajuk akan pengkhianatan bangsa Ugi yang dikenali sebagai Bone dan Makkassar[Penjelasan diperlukan]. Pengkhianatan ini kerana mereka telah berkerjasama dengan Belanda bagi menjatuhkan Sultan Hassanuddin